Sunday, 12 August 2018

Daun Sireh

DAUN SIREH (RM80/KG)



1. Melancarkan haid
Bagi wanita yang sering mengalami masalah ketika haid atau menstruasi, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih. Ini kerana kebanyakkan produk yang ada di pasaran juga mengandungi ekstrak sirih yang dapat melegakan sakit ketika haid.

2. Merawat Kulit dan Masalah Jerawat
Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol ini mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.

3. Mengubat Penyakit Asma
Penyakit asma akan mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa. Bagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma.

4. Mengatasi masalah bau badan

Masalah bau badan  ini, air rebusan daun sirih ini adalah salah satu alternatif untuk masalah ini.
Bau badan yang disebabkan pertumbuhan bakteri bercampur peluh berlebihan sehingga menimbulkan aroma yang tidak enak. Daun sirih mempunyai anti septik yang mampu menghilangkan bau badan.

5. Mengubati Keputihan dan Kegatalan pada Bahagian Sulit Wanita

Keputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian Miss V anda.
Masalah seperti ini, anda boleh gunakan daun sirih untuk mengatasi ini, dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikroba yang dapat membasmi kuman dan bakteri penyebab keputihan tak normal.


Tuesday, 7 August 2018

Pegaga

PEGAGA (RM80/KG)

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.



Antara khasiat pegaga;
i)penawar alahan
ii) merawat asthma dan sesak nafas
iii) merawat jangkitan paru-paru
iv) merawat kegusaran dan kegigilan
v) anti kanser
vi) melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
vii) penawar batu karang
viii) penawar kencing berdarah
ix) penawar ulser
x) merangsang peredaran darah
xi) merawat cirit birit dan gastrik
xii) menurunkan tekanan darah

Sunday, 24 June 2018

Tongkat Ali

Tongkat Ali (RM75/kg)




Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi, penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia,Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand, Vietnam dan Laos. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada keluarga Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan sebagainya. Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai kemampuan bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah syahwat.


Ubi Jaga





UBI JAGA MERAH/PUTIH (RM80/KG)





Ubi Jaga adalah tumbuhan merayap yang tumbuh didalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ianya dipercayai boleh membantu pengedaran darah yang sempurna.ecara tradisional ianya digunakan sebagai ubat herbal tradisional untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik untuk menambahkan metabolisma badan.


1-Membantu menambahkan keinginan seks,

2-Menambahkan sesitiviti,

3-Menguatkan kekerasan dan membolehkan lelaki pelbagai umur untuk menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama.



Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sehat dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu didalam perhubungan intim. Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba tradisional.




Misai Kucing



MISAI KUCING (RM80/KG)

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.


Pueraria Mirifica


PUERARIA MIRIFICA (RM80/KG)


Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
          
          Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.

           Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut
akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.

           Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA

1. Menstabilkan hormon estrogen.

2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut

3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
4. Membantu meningkat selera makan
5. Membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Membantu memantapkan payudara.






Butea Superba



BUTEA SUPERBA (RM80/KG)


Butea Superba adalah herba yang tumbuh di bahagian tengah, timur barat sampailah ke bahagian utara Thailand. Tumbuhan spesis ini boleh dijumpai seperti di habitat Pueraria Mirifica dan di kawasan pergunungan. Bahagian akar membesar setiap tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 15 bahan kimia seperti asid organik, sterol, sterol glycoside, flavonoid dan flavonoid glycoside. 

Butea Superba adalah herba yang berasal daripada keluarga Papilonacea dan mempunyai ciriciri dahan yang menjalar dan memanjat pokok lain. Bunganya pula berwarna jingga kekuning-kuningan dan tumbuhan ini tumbuh di kawasan terbuka. Akarnya yang panjang tertanam di bawah tanah, sama seperti akar pokok keladi. Tumbuhan jenis ini membiak melalui benih dan tersebar melalui akarnya. Tumbuhan ini boleh dijumpai di hutan bahagian utara, timur dan sepanjang wilayah Kanchanaburi, Thailand. 

Akar dan batang tumbuhan ini adalah ubat yang digunakan untuk meningkatkan daya tenaga dan kekuatan. Sebagai tambahan, akar dan batangnya juga dikenali sebagai herba ajaib. Oleh sebab itu,  Butea Superba dapat meningkatkan kesihatan kepada lelaki. Wanita boleh juga mengambil herba ini jika wanita tersebut tidak mempunyai nafsu seksual tetapi hendaklah di ambil dengan dos yang rendah dan sebelum bersama dengan suami. Jika di ambil kerap, badan akan mirip kepada ciri-ciri kelelakian.

Penyelidikan Butea SuperbaCiri-ciri : Herba ini menunjukkan hubungan rapat kimia dengan herba Pueraria Mirifica tetapi mempunyai kandungan bahan kimia sangat berbeza. Jika Pueraria Mirifika mengandungi hormone estrogen iaitu hormone kewanitaan tetapi Butea Superba ini mengandungi hormon kelelakian iaitu Hormon testosterone. Ekstrak mentah daripada herba ini menunjukkan persamaan hubungan rapat  dengan pil lelaki; Viagra. Ia juga meningkatkan tenaga badan tanpa berasa gementar atau maskular atau berkenaan dengan jantung semasa perangsangan. Inilah sebab kenapa produk herba ini dipromosikan sebagai “Herba Viagra”.

Herba  Butea Superba ini tidak mempunyai kesan sampingan kerana ianya adalah herba semulajadi. Tiada campuran bahan kimia buatan manusia.