DAUN SIREH (RM80/KG)
1. Melancarkan haid
Bagi wanita yang sering mengalami
masalah ketika haid atau menstruasi, anda boleh mencuba minum air rebusan daun
sirih. Ini kerana kebanyakkan produk yang ada di pasaran juga mengandungi
ekstrak sirih yang dapat melegakan sakit ketika haid.
2. Merawat Kulit dan Masalah
Jerawat
Salah satu kebaikan yang terdapat
di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol ini mampu membunuh bakteria yang
bersarang pada kulit wajah.
3. Mengubat Penyakit Asma
Penyakit asma akan
mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan
mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam
jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar
untuk bernafas seperti biasa. Bagi anda yang mempunyai penyakit
asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala
disebabkan asma.
4. Mengatasi masalah bau badan
Masalah bau badan ini, air rebusan
daun sirih ini adalah salah satu alternatif untuk masalah ini.
Bau badan yang disebabkan
pertumbuhan bakteri bercampur peluh berlebihan sehingga menimbulkan aroma yang
tidak enak. Daun sirih mempunyai anti septik yang mampu menghilangkan bau
badan.
5. Mengubati Keputihan dan
Kegatalan pada Bahagian Sulit Wanita
Keputihan adalah normal bagi
wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal,
masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian
Miss V anda.
Masalah seperti ini, anda boleh
gunakan daun sirih untuk mengatasi ini, dengan kandungan minyak atsiri, anti
septik semulajadi serta anti mikroba yang dapat membasmi kuman dan bakteri
penyebab keputihan tak normal.
No comments:
Post a Comment