Tuesday, 7 August 2018

Pegaga

PEGAGA (RM80/KG)

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.



Antara khasiat pegaga;
i)penawar alahan
ii) merawat asthma dan sesak nafas
iii) merawat jangkitan paru-paru
iv) merawat kegusaran dan kegigilan
v) anti kanser
vi) melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
vii) penawar batu karang
viii) penawar kencing berdarah
ix) penawar ulser
x) merangsang peredaran darah
xi) merawat cirit birit dan gastrik
xii) menurunkan tekanan darah

No comments:

Post a Comment