Sunday, 12 August 2018

Daun Sireh

DAUN SIREH (RM80/KG)



1. Melancarkan haid
Bagi wanita yang sering mengalami masalah ketika haid atau menstruasi, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih. Ini kerana kebanyakkan produk yang ada di pasaran juga mengandungi ekstrak sirih yang dapat melegakan sakit ketika haid.

2. Merawat Kulit dan Masalah Jerawat
Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol ini mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.

3. Mengubat Penyakit Asma
Penyakit asma akan mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa. Bagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma.

4. Mengatasi masalah bau badan

Masalah bau badan  ini, air rebusan daun sirih ini adalah salah satu alternatif untuk masalah ini.
Bau badan yang disebabkan pertumbuhan bakteri bercampur peluh berlebihan sehingga menimbulkan aroma yang tidak enak. Daun sirih mempunyai anti septik yang mampu menghilangkan bau badan.

5. Mengubati Keputihan dan Kegatalan pada Bahagian Sulit Wanita

Keputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian Miss V anda.
Masalah seperti ini, anda boleh gunakan daun sirih untuk mengatasi ini, dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikroba yang dapat membasmi kuman dan bakteri penyebab keputihan tak normal.


Tuesday, 7 August 2018

Pegaga

PEGAGA (RM80/KG)

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.



Antara khasiat pegaga;
i)penawar alahan
ii) merawat asthma dan sesak nafas
iii) merawat jangkitan paru-paru
iv) merawat kegusaran dan kegigilan
v) anti kanser
vi) melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
vii) penawar batu karang
viii) penawar kencing berdarah
ix) penawar ulser
x) merangsang peredaran darah
xi) merawat cirit birit dan gastrik
xii) menurunkan tekanan darah